Kenangan







Hai.

Hari ni saya nak tulis entry baru.

The title is SILA TENGOK TAJUK UTAMA.

Kenangan?

Semua orang mesti ada kenangan kan?

Tak kira la kenangan manis ke pahit ke.

Mesti ada kenangan.



Okeh.

Sebab saya pilih tajuk KENANGAN ialah,

saya nampak budak pergi sekolah naik basikal.

Ha, pelik kan?

Saya ni duduk kampung.

So, pergi sekolah naik basikal adalah perkara biasa.




Saya pun dulu pergi sekolah naik basikal.

( Masa darjah 5 n 6 )

Sebelum pindah ke rumah sekarang ni,

hari2 saya naik basikal.

Sekolah petang jela.

( Kecuali hujan! )

Best tau naik basikal ni.

Ramai kawan.

Tak kira la lelaki or perempuan.




Dulu kalau pergi bertiga je.

Saya, Aqilah n Nadhirah.

Kalau balik pulak,

macam rombongan nak pergi meminang pulak.

Ramai sangat.

Ada banyak cerita kelaka, sedih masa naik basikal.

Ada TIGA cerita semuanya.




Cerita yang pertama.

Masa tuh nak pergi sekolah agama,.

Then, tengah mengayuh tu, rantai basikal pulak lucut.

Haiyo!

Macam mana ni.

Tapi, nasib baik time tuh dah nak sampai rumah kawan.

So, bapak dia yang betulkan rantai basikalnye.

Hu, nasib baik lah!

Kalau tidak, haru dibuatnya.



Cerita yang kedua.

Masa tuh nak pergi sekolah pagi naik basikal.

Ada sukan dekat UTHM.

Pergi lah dengan member.

Tiba2, entah macam mana.

Saya dengan kawan saya, dua2 boleh jatuh.

Yang paling teruk cedera, saya lah.

Habis lutut.

Luka banyak!

Kat atas mulut pun ada.

Haaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

Sampai sekarang parutnya ada.

Dah la luka, tu satu kes.

Ada kes lain pulak.

Cermin mata habis retak seribu.

Nasib baik sebelah je.

Dah tu tak jadik pergi UTHM.

Balik, pergi balut luka.

Dalam pukul 8 baru akak hantar pergi UTHM.

Tapi, cermin mata tak pakai lah.

Hantar pergi kedai.

Sedih kalau diingatkan balik! :'(




Cerita yang ketiga.

Ni tak sedih la.

Kelaka sikit.

Sikit je!

Balik dari sekolah agama dengan budak laki.

Ada budak perempuan gak.

Kitorang kalau balik memang kecoh.

Ada je bende nak digurau.

N satu masa tuh,

kawan saya yang penuh hasat dengki,

( Faiz Fahmy nama dia, tapi panggil Popeye je. )

dia lalu sebelah saya.

Then, dia kata " Rai! "

Saya pun toleh.

Dengan penuh perasaan hasat dengki tahap dunia,

dia pegang tangan saya.

( Astagfirullahalazim! Bukan Muhrim! )

Eh, berlapik lah.

Dia goyang2kan tangan saya.

" Haa!!! "

Dah menjerit macam apa.

Takut masuk parit.

Tak lama tuh baru dia lepas.

Then, dia ketawa kuat2.

Dalam hati cakap " Jahat kau Popeye! Tak guna! Dendam nih! "

Tapi tak dendam pun.

Tau dia gurau2 je.

:)




Ha, itulah sikit2 cerita pasal kenangan..

KENANGAN TERINDAH macam lagu kumpulan SAMSONS tuh.

Takkan lupa sampai bila2.



Okeylah!

Itu je cerita hari ni.

Esok tulis entry baru lagi.

K, bubye!

Suka? LIKE jer. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...